Saturday, 29 April 2017

BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN KITAR SEMULA

DIY


 Bola tennis juga boleh dikitar semula. So cute😍😍😍😍😍😍😍😍



Botol-botol yang sudah tidak digunakan lagi boleh dijadikan pasu untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. JimatπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


 Tidak sangka penutup air boleh dikitar semula dijadikan bunga. Hadiahkan kepada teman rapat😊😊

LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA


Pertandingan Kitar Semula peringkat sekolah bermula

SHAH ALAM, 1 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N) menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 untuk kali ke -11 bagi membudayakan amalan kitar semula di kalangan pelajar.
Pertandingan berjalan selama tujuh bulan bermula hari ini itu melibatkan tiga kategori iaitu lima dari pra sekolah, 15 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah yang mana para pelajar perlu mengumpulkan sebanyak mungkin barangan kitar semula seperti kertas, plastik dan aluminum.
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, lebih menariknya tahun ini akan berlangsung pertandingan rekacipta dengan hadiah ditaja F&N Beverage Marketing.
“Sekolah terlibat dikehendaki mengumpul barangan boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium dan plastik dan mereka sesuatu yang unik dari bahan tersebut.
“Tujuan utama kempen ini diteruskan adalah untuk mendidik masyarakat khusus pelajar dan golongan muda terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 di Dewan Banquet, MBSA di sini, hari ini.
Difahamkan F&N Baverage Marketing menyumbang RM24,800 untuk menjayakan program tersebut.
Selain itu, MBSA turut menerima sumbangan dari Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd iaitu wang tunai sebanyak RM1,500 untuk Hadiah Anugerah Khas Tetra Pak Tertinggi.
Zaharin berkata, tahun lalu, pertandingan itu berjaya mengumpul berat kutipan barangan kitar semula sebanyak 121,321.2 kilogram berbanding tahun sebelumnya dan berharap kutipan akan terus meningkat untuk tahun ini.
=EZY=
SUMBER: http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pertandingan-cipta-robot-guna-bahan-kitar-semula-1.464968


PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH
SK MATANG JAYA 2013
22 JUN 2013 (SABTU)
Pihak Trienekens dengan kerjasama pihak MPP telah melantik SK Matang Jaya sebagai sekolah perintis Program Kitar Semula yang bermula pada tahun lepas.Pada 22 Jun 2013 hari Sabtu, telah berlangsung untuk kali ke 2 Program Kitar Semula Peringkat Seklah. Bermula jam 7.30 pagi semua murid dan guru telah berkumpul diruang legar PIBG 2007 bagi menjayakan progam tersebut. Tepat jam 8.00 pagi, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak MPP, Trienekens dan NREB . Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti bacaan doa.  Ucapan alu-aluan daripada guru besar dan ucapan perasmian daripada wakil pihak Trinekens iaitu Cik Julan Yu Abit. Majlis di serikan lagi dengan nyanyian lagu Hijau Bumi Tuhan diterajui oleh kumpulan koir pancaragam sekolah. Aktiviti bermula dengan acara penanaman pokok dan perasmian pondok ilmu yang disempurnakan oleh para tetamu kehormat.
Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti bermula. Diantara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna tahap 1 dan melukis poster tahap 2. Aktiviti ini berlangsung secara serentak di kelas yang telah ditetapkan selama 1 ½ jam. Dalam masa yang sama di ruang legar dan pentas, bermula acara persiapan lengkap kotak kitar semula paling kreatif, pertandingan bercerita dan pertandingan eko-fesyen. Pihak Trienekens juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan mengadakan ruang pameran bahan kitar semula. Aktiviti berhenti rehat jam 10.00 pagi dan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan acara kemuncak iaitu sukaneka . Dalam acara ini, para peserta terdiri daripada guru=guru dan pihak trinekens dan MPP. Semua pertandingan di urus oleh pihak guru dan dihakimi oleh pihak Trienekens. Tepat jam 11.30 pagi semua aktiviti berakhir dengan jayanya. Akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pihak tetamu jemputan.Majlis bersurai tepat jam 12.50 tengahari.
Senarai pemenang-pemenang pertandingan :
Pertandingan Mewarna Tahap 1
  1. Christina Elsie                                     3 Elit
  2. Jozira bt Abdullah                             3 Cekal
  3. Annisa                                                     1  Elit
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
  1. Adriana Aisy Farhan                           6 Amanah
  2. Nur Hani Nabilah                                 6 Dinamik
  3. Nurina Syafezar                                    5 Elit
Pertandingan Eko- Fesyen
  1. Angelina Fiona Alex Ayong                         3 Dinamik
  2. Sha. Nuramalin Adani bt Wan Masri       1 Amanah
  3. Mohd. Sofi Jazimin bin Noramis                3 Bestari
Pertandingan Bercerita
  1. Mim Khalish Fashilin bt Rebi               3 Fikrah
  2. Hazwina Humaira bt Hanafi                 3 Fikrah
  3. Rachel Judy Winnifred                          3 Dinamik
Pertandingan Merekacipta Kotak Kitar Semula Paling kreatif
  1. Johan          –              Kumpulan 7
  2. Naib johan   –           Kumpulan 13
  3. Tempat ke 3   –        Kumpulan 6
Pertandingan Sukaneka guru-guru rumah sukan SK Matang jaya
  1. Johan          –           Rumah Sukan USM
  2. Naib johan   –        Rumah Sukan UIA
  3. Ketiga                      Rumah Sukan UITM
  4. Keempat      –         Rumah sukan UNIMAS
SUMBER: https://pssskmatangjaya.wordpress.com/2013/07/09/program-hari-kitar-semula-peringkat-sekolah/

AKTIVITI KITAR SEMULA

Aktiviti Kreatif



kreativiti kitar semula relaks minda
Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik.


Jom kitar semula! Aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama memberi pulangan buat anda. Jika anda rajin, mungkin ianya mampu menjana pendapatan buat anda.... (klik gambar untuk saiz sebenar untuk lagi jelas)

kreativiti kitar semula relaks minda
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda. Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat!

kreativiti kitar semula relaks minda
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini. Menarik bukan!

kreativiti kitar semula relaks minda
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif!

kreativiti kitar semula relaks minda
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan RM nilainya. 

kreativiti kitar semula relaks minda
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik! Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda.

kreativiti kitar semula relaks minda
Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.

kreativiti kitar semula relaks minda
Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang pula. Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu. 

kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton.  Setelah tergantung indah di dinding.

kreativiti kitar semula relaks minda
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari botol plastik terbuang.

kreativiti kitar semula relaks minda
Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan semula ia untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan tampak eksklusif sekali. 

kreativiti kitar semula relaks minda
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat  menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang. Jika letak di meja pejabat anda pasti ramai yg berkenan.

kreativiti kitar semula relaks minda
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu. Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini. Menarik sekali.



Sumber: 
http://www.relaksminda.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-aktiviti.html?m=1\


BERITA BERKAITAN KITAR SEMULA


    50,000 dididik kitar semula


     



    Kelab Kitar Semula dilancar 


  



    Gerak kempen kitar semula


      

BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA



Kertas
  • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.
  • Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah.
Kaca
  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT
  • Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.
  • Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Logam
  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
  • Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
  • Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula.
  • Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium
  • mempunyai harga pasaran yang tinggi.•Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.
Plastik
  • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
  • Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasinganplastik mengikut jenis terlebih dahulu.
  • Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.

Tuesday, 18 April 2017


Sangat kreatif! Rajin dengan tak rajin je nak buat πŸ˜†πŸ’“πŸ’“