Aktiviti Kreatif
Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik.
Jom kitar semula! Aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama memberi pulangan buat anda. Jika anda rajin, mungkin ianya mampu menjana pendapatan buat anda.... (klik gambar untuk saiz sebenar untuk lagi jelas)
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda. Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat!
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini. Menarik bukan!
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif!
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan RM nilainya.
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik! Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda.
Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.
Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang pula. Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu.
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton. Setelah tergantung indah di dinding.
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari botol plastik terbuang.
Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan semula ia untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan tampak eksklusif sekali.
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang. Jika letak di meja pejabat anda pasti ramai yg berkenan.
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu. Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini. Menarik sekali.
Sumber: http://www.relaksminda.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-aktiviti.html?m=1\
No comments:
Post a Comment