Saturday, 29 April 2017

LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA


Pertandingan Kitar Semula peringkat sekolah bermula

SHAH ALAM, 1 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N) menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 untuk kali ke -11 bagi membudayakan amalan kitar semula di kalangan pelajar.
Pertandingan berjalan selama tujuh bulan bermula hari ini itu melibatkan tiga kategori iaitu lima dari pra sekolah, 15 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah yang mana para pelajar perlu mengumpulkan sebanyak mungkin barangan kitar semula seperti kertas, plastik dan aluminum.
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, lebih menariknya tahun ini akan berlangsung pertandingan rekacipta dengan hadiah ditaja F&N Beverage Marketing.
“Sekolah terlibat dikehendaki mengumpul barangan boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium dan plastik dan mereka sesuatu yang unik dari bahan tersebut.
“Tujuan utama kempen ini diteruskan adalah untuk mendidik masyarakat khusus pelajar dan golongan muda terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 di Dewan Banquet, MBSA di sini, hari ini.
Difahamkan F&N Baverage Marketing menyumbang RM24,800 untuk menjayakan program tersebut.
Selain itu, MBSA turut menerima sumbangan dari Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd iaitu wang tunai sebanyak RM1,500 untuk Hadiah Anugerah Khas Tetra Pak Tertinggi.
Zaharin berkata, tahun lalu, pertandingan itu berjaya mengumpul berat kutipan barangan kitar semula sebanyak 121,321.2 kilogram berbanding tahun sebelumnya dan berharap kutipan akan terus meningkat untuk tahun ini.
=EZY=
SUMBER: http://m.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pertandingan-cipta-robot-guna-bahan-kitar-semula-1.464968


PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM HARI KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH
SK MATANG JAYA 2013
22 JUN 2013 (SABTU)
Pihak Trienekens dengan kerjasama pihak MPP telah melantik SK Matang Jaya sebagai sekolah perintis Program Kitar Semula yang bermula pada tahun lepas.Pada 22 Jun 2013 hari Sabtu, telah berlangsung untuk kali ke 2 Program Kitar Semula Peringkat Seklah. Bermula jam 7.30 pagi semua murid dan guru telah berkumpul diruang legar PIBG 2007 bagi menjayakan progam tersebut. Tepat jam 8.00 pagi, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak MPP, Trienekens dan NREB . Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah diikuti bacaan doa.  Ucapan alu-aluan daripada guru besar dan ucapan perasmian daripada wakil pihak Trinekens iaitu Cik Julan Yu Abit. Majlis di serikan lagi dengan nyanyian lagu Hijau Bumi Tuhan diterajui oleh kumpulan koir pancaragam sekolah. Aktiviti bermula dengan acara penanaman pokok dan perasmian pondok ilmu yang disempurnakan oleh para tetamu kehormat.
Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti bermula. Diantara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna tahap 1 dan melukis poster tahap 2. Aktiviti ini berlangsung secara serentak di kelas yang telah ditetapkan selama 1 ½ jam. Dalam masa yang sama di ruang legar dan pentas, bermula acara persiapan lengkap kotak kitar semula paling kreatif, pertandingan bercerita dan pertandingan eko-fesyen. Pihak Trienekens juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan mengadakan ruang pameran bahan kitar semula. Aktiviti berhenti rehat jam 10.00 pagi dan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan acara kemuncak iaitu sukaneka . Dalam acara ini, para peserta terdiri daripada guru=guru dan pihak trinekens dan MPP. Semua pertandingan di urus oleh pihak guru dan dihakimi oleh pihak Trienekens. Tepat jam 11.30 pagi semua aktiviti berakhir dengan jayanya. Akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pihak tetamu jemputan.Majlis bersurai tepat jam 12.50 tengahari.
Senarai pemenang-pemenang pertandingan :
Pertandingan Mewarna Tahap 1
  1. Christina Elsie                                     3 Elit
  2. Jozira bt Abdullah                             3 Cekal
  3. Annisa                                                     1  Elit
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
  1. Adriana Aisy Farhan                           6 Amanah
  2. Nur Hani Nabilah                                 6 Dinamik
  3. Nurina Syafezar                                    5 Elit
Pertandingan Eko- Fesyen
  1. Angelina Fiona Alex Ayong                         3 Dinamik
  2. Sha. Nuramalin Adani bt Wan Masri       1 Amanah
  3. Mohd. Sofi Jazimin bin Noramis                3 Bestari
Pertandingan Bercerita
  1. Mim Khalish Fashilin bt Rebi               3 Fikrah
  2. Hazwina Humaira bt Hanafi                 3 Fikrah
  3. Rachel Judy Winnifred                          3 Dinamik
Pertandingan Merekacipta Kotak Kitar Semula Paling kreatif
  1. Johan          –              Kumpulan 7
  2. Naib johan   –           Kumpulan 13
  3. Tempat ke 3   –        Kumpulan 6
Pertandingan Sukaneka guru-guru rumah sukan SK Matang jaya
  1. Johan          –           Rumah Sukan USM
  2. Naib johan   –        Rumah Sukan UIA
  3. Ketiga                      Rumah Sukan UITM
  4. Keempat      –         Rumah sukan UNIMAS
SUMBER: https://pssskmatangjaya.wordpress.com/2013/07/09/program-hari-kitar-semula-peringkat-sekolah/

No comments:

Post a Comment